REKA BENTUK VISUAL

Visual hanya akan mempunyai fungsi komunikasi jika mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Mudah dan jelas dibaca / difahami
  2. Mesej mudah ditafsir.  Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual
  3. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual
  4. Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

Elemen Reka Bentuk Visual

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.

Terdapat lima elemen grafik

  1. Ruang
  2. Garis
  3. Permukaan
  4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)
  5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)

 

  1. Ruang
  • Keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual
  • Ruang perlu untuk menjadikan sesuatu reka bentuk menarik
  • Ruang terbahagi kepada dua:

i.        Ruang Positif : Ruang yang digunakan

ii.        Ruang Negatif : Ruang yang kosong

  1. Garis (Line)
  • Garis boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi
  • Dua dimensi seperti lakaran pensil
  • Garis tiga dimensi adalah seperti tali, kulit siput dan sebagainya
  • Fungsi garis ialah:

i.        Menunjukkan pergerakan

ii.        Menunjukkan suasana

iii.        Menunjukkan kemegahan/kekuatan

iv.        Menunjukkan kekusutan

v.        Melukis objek/ benda

vi.        Menghubung antara satu elemen dengan elemen lain

 

  1. Permukaan
  • Sesuatu  permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur
  • Garis, warna dan tekstur yang berbeza  memberi kesan tertentu kepada permukaan

 

  1. Bentuk dua dimensi
  • Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi
  1. Bentuk Geometri
  2. Bentuk abstrak
  3. Bentuk gambaran

 Bentuk Tiga Dimensi (Form)

Dibahagikan kepada dua kategori

  1. Bentuk tiga dimensi sebenar : adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi tinggi, lebar, panjang contohnya meja, kerusi dll
  2. Bentuk tiga dimensi tiruan :  bentuk dua dimensi yang dimasukkan elemen bayang, garisan dan sebagainya

 

Prinsip Reka Bentuk Visual

Berkaitan dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual menjadi menarik.  Terdapat enam prinsip reka bentuk visual.

 

Simplisiti

  • Sesuatu rekaan  haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
  • Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian

Dominan

  • Pusat penumpuan atau minat
  • Dalam sesuatu  rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan
  • Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan
  • Rule of Third
  • Warna dan bentuk yang kontras
  • Saiz yang lebih besar
  • Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama
  • Menggunakan garis yang menunjuk item utama
  • Mewujudkan gerakan
  • Menggunakan lampu atau cahaya memancar

 

Pola

  • Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
  • Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat
  • Menarik penglihatan mata ke arah item utama
  • Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
  • Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir
  • Kesimpulannya, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung dalam visual

 

Seimbang

  • Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual
  • Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang
  • Terdapat dua jenis seimbang
  • Seimbang formal :  seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
  • Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata.

 

Variasi

  • Variasi menyokong pola untuk meningkatkan  tarikan terhadap visual
  • Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup

 

Harmoni

  • Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen  grafik, aliran persembahan dan kesatuan  mesej.

 

Warna

Warna terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu :

  1. Kromatik : mengandungi tiga sifat iaitu  hiu, valiu dan kroma.  Ia juga digelar warna natural seperti kelabu, hitam dan putih
  2. Akromatik : mengandungi dua sifat iaitu valiu dan kroma

 

  1. Hiu : digunakan untuk menjelaskan warna yang khusus seperti merah, biru dansebagainya
  2. Valiu :  menjelaskan sejauh mana gelap atau cerahnya sesuatu warna.  Warna putih yang paling cerah dan ini menunjukkan putih mempunyai sifat valiu yang tinggi
  3. Kroma : digunakan untuk menjelaskan intensiti atau kekuatan sesuatu warna.  Merah cerah lebih kuat  merahnya dari merah pudar dan sebagainya
  4. Pigmen : Terbahagi kepada empat jenis :

q  Warna utama : warna asas yang tidak boleh didapati melalui campuran warna.Merah, biru dan kuning

q  Warna Sekunder : Diperolehi daripada campuran dua warna utama

q  Warna pertengahan : campuran warna sekunder dengan warna utama yang terletak disebelahnya

q  Warna tertier : campuran dua warna sekunder

 

Pemilihan Warna

Warna dipilih berdasarkan fungsinya.  Terdapat empat fungsi warna:

  1. Membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan
  • Penegasan warna ke atas sesuatu elemen supaya menjadi tumpuan
  • Penggunaan warna latar yang kontras dengan subjek dapat menimbulkan kesan tumpuan
  • Warna kontras juga dikenali sebagai warna penggenap

 

  1. Memudahkan sesuatu item dilihat
  • Warna ungu adalah warna  paling kurang jelas dilihat / rendah nilainya berbanding warna kuning
  • Tindihan warna juga dapat menjelaskan sesuatu warna

ü  Tindihan positif : dihasilkan apabila warna subjek yang terang diletakkan di atas latar berwarna kontras.

ü  Tindihan negatif  :  menggunakan warna kontras yang lemah dan menghasilkaan gabungan warna yang kelihatan sama.  Contohnya warna putih atas kuning

  1. Mewujudkan perasaan harmoni
  • Dapat dilakukan dengan menggunakan warna-warna  analogus, iaitu warna –warna yang terletak berhampiran roda warna.

 

  1. Melahirkan kesan tertentu
  •      Terdapat tiga kategori warna
  • Warna panas   : merah, jingga dan kuning.  Warna-warna ini menimbulkan kesan panas, kegarangan dan kekuatan
  • Warna sejuk :   biru, ungu, hijau.  Warna sejuk dikaitkan dengan alam dan mewujudkan kelembutan, kedamaian dan kesayuan
  • Warna psikologi: warna yang dipengaruhi oleh budaya. Terdapat juga warna diterima sebagai suatu tafsiran dalam bidang ilmu.

 

Huruf

  • Huruf memainkan peranan yang penting  dalam penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual
  • Dalam penggunaan huruf, tujuh perkara perlu diberi pertimbangan

i.        Stail huruf

ii.        Bilangan stail huruf

iii.        Huruf besar dan huruf kecil

iv.        Warna huruf

v.        Saiz huruf

vi.        Jarak antara huruf

vii.        Jarak antara baris

 

Stail huruf

Stail huruf boleh diklasifikasikan  kepada lima keluarga

  1. Huruf Roman : mempunyai strok nyang berselang seli antara strok nipis dan tebal.  Ia mempunyai serif di tapak huruf
  2. Huruf Gotik  :  Mempunyai saiz yang sama dan tidak mempunyai serif atau san serif
  3. Huruf  sambung atau Cursive : dikenali juga sebagai hand writing
  4. Huruf Teks  :  kelihatan antik dan cantik tetapi sukar dibaca kerana gaya tulisan lama
  5. Huruf novelti  :  Adakalanya digunaa untuk menarik perhatian dan sebagaai hiasan ataau dekoratif

 

 

 

 



Leave a Reply